Tuesday 10 July 2012

Kursus Pengurusan Jenazah (Staf Lelaki)


Pada 4 Julai 2012 yang lalu, Jabatan Pengajian Am dengan Kerjasama ULPL PTSS telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah (Staf). Kursus ini yang dijalankan bertempat di Bilik Cenderawasih PTSS dimulakan pada pukul 9 pagi dan tamat pada sebelah petangnya. Penceramah jemputan bagi kursus kali ini ialah Ust Husba Khairi bin Hussin, pensyarah Jabatan Pengajian Am PTSS. Alhamdulillah, kursus yang menggabungkan wakil daripada kelompok Pensyarah dan Staf sokongan ini telah berjaya dilaksanakan dengan sesempurna mungkin. Terima kasih juga di ucapkan kepada saudara Mamu (Driver PTSS) kerana sukarela menjadi model jenazah pada kursus kali ini dan tidak lupa sekalung penghargaan diucapkan kepada semua peserta yang sama-sama berkongsi pengalaman dan memeriahkan lagi kursus kali ini. Diharapkan dengan penganjuran kursus sebegini dapat menambahkan lagi khazanah ilmu dalam diri masing-masing ke arah menjayakan tuntutan fardu kifayah ini.







No comments:

Post a Comment