Aktiviti JPA

LAPORAN AKTIVITI TERKINI BAGI UNIT PENDIDIKAN ISLAM & MORAL


KURSUS PEMBELAJARAN ALQURAN MENGGUNAKAN KAEDAH IQRA’
    Memberi pendedahan kepada peserta teknik pengajaran Iqra’ yang  mudah dan berkesan.
    Memberi input berguna kepada peserta untuk memantapkan proses pengajaran Iqra’.
    Melatih peserta supaya dapat meningkatkan daya kemahiran dalam proses pengajaran Iqra’ untuk kebaikan pelajar.

    Nama Moderator                                     : UST CHE NORDIN BIN CHE HUSIN
    Pekerjaan Sekarang                                : PENGETUA  MADRASAH AL-HIDAYAH


    GOTONG-ROYONG JPA

    Jabatan Pengajian Am telah menganjurkan satu program gotong-royong yang melibatkan semua staf JPA.  Program ini diadakan pada hari Ahad bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.  Ianya diadakan bagi memastikan tahap kebersihan jabatan sentiasa terjaga.  Semua staf diberikan tugas secara berkumpulan mengikut bahagian yang telah ditetapkan.  Antara kawasan-kawasan pembersihan yang ditumpukan adalah seperti ruangan bilik mesyuarat, ruang tetamu, kawasan photocopier, kawasan bilik pensyarah dan ruang kaunter pertanyaan utama JPA.  Program ini telah berjalan dengan lancar di atas kerjasama semua staf JPA.



    Unit Pendidikan Islam dan Moral telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bertempat di Dewan Besar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Kursus ini melibatkan semua pelajar Islam semester 2.
    Kursus Pengurusan Jenazah ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu teori dan praktikal.

    Melalui kursus ini, para pelajar didedahkan dengan tatacara pengurusan jenazah bermula dari saat kematian sehingga ke pengebumian.  Pelajar-pelajar diberikan pendedahan berkaitan urusan memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menyembahyangkan jenazah serta mengebumikan jenazah.  Dengan adanya bahagian praktikal, para pelajar dapat melihat sendiri cara memandikan dan mengkafankan jenazah.  Pelajar-pelajar juga dapat mengetahui kelengkapan dan bahan-bahan yang diperlukan dalam pengurusan jenazah.
    Kursus ini telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama yang diberikan oleh semua pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral.  Diharapkan kursus ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia banyak memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua khususnya pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.


    BENGKEL PEMBINAAN BLOG PERIBADI

    Bengkel sehari ini memfokuskan kepada pendedahan asas pembinaan blog peribadi menggunakan paltform [blogspot]. Para peserta yang terdiri daripada staf Jabatan Pengajian Am PTSS telah didedahkan bermula dengan proses pembinaan akaun blog, mengubah ketetapan blog (setting), "posting", editing dan mengubah corak dan antaramuka blog masing. Objektif utama bengkel ini ialah, agar setiap staf JPA PTSS mampu untuk memiliki dan mengemaskini blog masing-masing.
    Bengkel ini disampaikan sendiri oleh Pegawai ICT JPA PTSS iaitu Ustaz Husba Khairi bin Hussin. Beliau berpengalaman menganjurkan kursus-kursus dan bengkel berkaitan ICT dikalangan pelajar dan komuniti setempat.
    Moderator Program : Ustaz Husba Khairi Hussin


    FORUM BICARA AD-DEEN BERSAMA IKIM

    Program ini adalah anjuran Jabatan Pengajian Am PTSS dengan kerjasama Radio IKIM. Program berbentuk forum ini dihadiri oleh semua penghuni kamsis PTSS dan penduduk sekitar politeknik.

    Pengarah Program : Ustaz Hasminnuddin Hashim