Unit ini dipimpin oleh Pn Azlida bt Ahmad. Secara umumnya, unit ini bertanggungjawab dalam semua aspek berkaitan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar politeknik.
Unit ini menawarkan kursus-kursus English for Commercial Purpose, English for Technical Purpose, English for Communication Purpose, dan English for Special Purpose bagi pelajar-pelajar kemahiran khas.
Tujuan utama kursus-kursus ini adalah untuk memperkukuhkan kemahiran kompetensi di dalam Bahasa Inggeris supaya dapat berfungsi secara efektif di tempat kerja kelak dan juga bagi menyediakan pelajar-pelajar untuk ke peringkat ijazah.
Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti yang berikut:
- English language Enhancement Workshop for Weak Learners
- English Enhancement Test (for new lecturers)
- MUET Test
- Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris
- Public Speaking Competition
- Creating Employability Values Workshop
- MUET Workshop
Diantara perancangan Unit Bahasa Inggeris untuk mengadakan aktiviti-aktiviti lain seperti :
- Film Viewing
- Essay Competition
- English for Advance Learners
Unit ini juga menganjurkan kursus-kursus pendek bagi pemantapan kemahiran Bahasa Inggeris di kalangan staf akademik dan yang bukan akademik dari masa ke semasa. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin juga adalah salah satu daripada pusat peperiksaan MUET di Perlis. Pelajar-pelajar politeknik dan staf berpeluang dan digalakkan untuk mengambil peperiksan MUET bagi peningkatan diri.