Unit Pendidikan Islam Dan Moral

Unit ini dipimpin oleh Ustaz Razak bin Nordin. Secara umumnya, unit ini bertanggungjawab dalam semua aspek berkaitan kerohanian dan moral. Ia diterjemahkan melalui kursus-kursus yang ditawarkan dan diselia oleh unit ini iaitu Pendidikan Islam 1, Pendidikan Islam 2, Pendidikan Moral 1, Pendidikan Moral 2 dan Tamadun Islam. Unit ini juga berperanan menganjurkan program-program mahupun aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan lagi aspek spiritual para pelajar.
Antara aktiviti yang pernah dijalankan oleh unit ini ialah :

Kursus Pengurusan Jenazah
Kursus Perkahwinan
Forum Bicara Ad-Din
Sambutan Maulidur Rasul
Sambutan Nuzul Quran
Pertandingan Tilawah Al-Quran
Seminar Kewangan Islam (Riba) 
  • Kursus Pendidikan Islam 1

    • Para pelajar akan didedahkan dengan pengajian asas Akidah Islamiyah, pembelajaran Ibadah secara teori dan praktikal serta hafazan bacaan dalam solat. Penekanan lebih tertumpu kepada kemahiran asas Fardu Ain di kalangan pelajar.

    • Kursus Pendidikan Islam 2

      • Para pelajar akan didedahkan dengan pengajian berkaitan persediaan melangkah ke gerbang perkahwinan. Ia merangkumi pengertian konsep nikah, talak & rujuk, serta hak-hak sebelum berkahwin, sepanjang tempoh perkahwinan dan selepas berlakunya sesuatu perceraiaan. Di samping itu, kursus ini juga turut menjelaskan perbahasan berkaitan Undang-undang Jenayah Islam iaitu konsep Hudud, Qisas dan Ta’zir. Tidak ketinggalan, pada hujung kursus ini, para pelajar turut diajar berkaitan tatacara Pengurusan Jenazah secara praktikal.

      • Kursus Tamadun Islam

        • Para pelajar akan didedahkan dengan pengajian berkaitan sejarah ketamadunan Islam, zaman kegemilangan tamadun terdahulu khususnya tokoh-tokoh terbilang dalam Tamadun Islam, karya-karya agung serta kehebatan penciptaan dan keilmuan cerdik pandai pada zaman tersebut. Selain itu, turut didedahkan ialah pengajian Ekonomi Islam yang merangkumi pengenalan kepada Institusi Kewangan Islam dan fungsinya, perbandingan Sistem Ekonomi Islam dan Sistem Ekonomi Konvensional, isu semasa seperti dadah, rasuah dan gejala sosial dan sebagainya.