Thursday 8 December 2011

Kursus Pengurusan Jenazah JPA PTSS

Kursus Pengurusan Jenazah JPA PTSS ini merupakan program tahunan bagi Jabatan Pengajian Am PTSS. 
Ia dianjurkan khusus kepada para pelajar semester 2 yang mengambil subjek Pendidikan Islam 2.

Kursus ini telah disampaikan sendiri oleh salah seorang tenaga pengajar daripada Jabatan Pengajian Am PTSS iaitu Ustaz Husba Khairi Hussin. Kursus ini merangkumi bahagian teori (ceramah berkaitan teknik dan prosedur pengurusan jenazah) dan diikuti dengan amali (praktikal pengurusan jenazah oleh para pelajar).

Alhamdulillah, kursus intensif sehari ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Antara alatan yang digunakan untuk pengurusan jenazah

 Penceramah (Ust Husba Khairi) sedang menyampaikan ceramah berkaitan pengurusan jenazah

 Sesi Muhasabah Kematian (peserta diajak menginsafi kematian)


Sesi Amali : Penceramah sedang menerangkan langkah-langkah penyediaan alatan mandi jenazah

Sesi Amali : Penceramah memperkenalkan alatan mandi dan kafan jenazah

 ----------------
MENGKAFANKAN JENAZAH












Jamuan Akhir Tahun Staf Jabatan Pengajian Am






Pada 08.12.2011 (Khamis). Jabatan Pengajian Am PTSS telah menganjurkan Majlis Jamuan Akhir Tahun yang julung-julung kali diadakan.

Butiran majlis tersebut adalah seperti berikut :

  • Restoran Bunga Naga, Jitra, Kedah
  • Jam 1.30 petang

Majoriti staf JPA telah menghadiri majlis tersebut.